Tuesday, January 26, 2010

Jangan berjanji

Mungkin hanya aku yang mengagungi suatu janji. Senang sungguh kau taburi. Kau katakan itu. Dan kau katakan ini. Namun belum satu kau tepati. Belum lagi terlaksana janji mu yang satu, kau hampiri aku dengan janji kedua mu. Apa kau ingat aku tidak punya akal fikir?Apa kau sudah lupa aku juga ada hati? Sudahla.. Berheni berjanji jika terlalu sukar untuk kau kotai. Aku sakit hati. SAKIT HATI melihat kau datang tersenyum lagi. Memohon maaf kerana janjimu terpaksa kau mungkiri. Aku berpura-pura hadiahi dirimu senyuman palsuku. Mengatakan bahawa itu tidak apa. Padahal, hatiku kecewa dan dimamah duka. Arghhhh.. Mungkin belum kau rasai lagi. Memiliki teman sepertimu yang suka berjanji dan suka berkata manis. Tapi, tiada satu pun yang pasti. Sorry mu itu yang datang bertalu-talu menerpa halwa telingaku sudah tiada maknanya lagi. Kerna aku yakin, kau akan datang lagi bersama suatu yang aku tidak tahu kesungguhanmu melaksanakannya.

2 comments:

Anonymous said...

Hmmmm....sungguh puitis sekali caramu marah ye? hehe....saba ter~ dats why my mom said, mun mok carik laki, carik yg kurang berkata dan lebih byk membuat...=) maybe this is not relevant to you but saja jak mdh~ =)

Walt said...

Nana... Sesungguhnya, kamek bukan lelaki yang ibu mu mahu kan.. Sedey nya hati ini..