Saturday, August 8, 2009

Tidaklah aku sebodoh itu (my first attempt trying to be poetic in BM)

Kau membisu, elok ku biarkan dahulu.
Penat sudah ku menunggu,
Namun kau tetap berpaling dariku.

Pedih hatiku terdengar sayup-sayup hilai tawamu,
Terpana aku seketika,
Kerna tidak kau begitu tika bersamaku.

Puas sudah ku cuba menyelami lubuk hatimu,
Namun tetap jua kau begitu,
Bukan sekali namun selalu aku diperlakukan begitu.
Bodohnya aku tetap bertahan dengan sikapmu.

Apa kau ingat hanya kau punya hati yang ingin dimengerti?
Lupakah kau bahawa aku punya sanubari yang turut mahu difahami?

Bodohnya aku masih jua memberimu seluas-luas ruang,
Aku kira kini, aku bukan milikmu lagi.
Tidaklah aku sebodoh itu,
Menagih hatimu,
Tidaklah aku sebodoh itu,
Meminta secebis ruang hidupmu.

Jika aku tiada lagi harga,
Biarkan aku berlalu sayu.
Jika aku tiada lagi makna,
Lenyaplah aku dari kamus hidupmu.

Hairannya aku,
Masih jua aku umpamakan dirimu teman, sahabat dan rakan,
Tapi, bukan begitu nilaiku padamu.
Kau hanya bertandang tika hati menari gembira,
Kemudian, kau tinggalkan aku terpinga-pinga,
Di saat terkedip-kedip anak mata cuba meneroka di mana silapku,
Kau muncul kembali seharum bunga,
Cuba ku lupakan dinginnya sikapmu seketika.

Suatu hari nanti,
Bila sudah rapat tertutup pintu hatiku,
Jangan sesekali kau sesali,
Aku begini kerana tingkahmu begitu.
Jika kau punya hati batu,
Hatiku bisa menjadi sedingin salju,
Bisa menjadi sekeras permata biru.

1 comment:

Robin Wong said...

haha...saba2...as long as that doesnt make your money go missing, dont give a damn to it...haha...