Sunday, October 6, 2013

Maharaja

Tersenyum melihat tingkah mereka,
Mengata bagai maha sempurna,
Sedangkan bila dia punya acara,
Semuanya caca merba sahaja.

Anehnya para manusia,
Diberi kuasa, mengadili pula sesuka rasa,
Sedangkan dia perlukan mereka,
Untuk tampak hebat di singgahsana
Mereka yang dia anggap hina,
Berbuat semua berkorban segala.

Di mana harga diri mereka?
Bila memerlu, dia yang hina dipuja,
Muka masam menjadi semanis gula,
Tanpa malu, tanpa sekelumit rasa berdosa,
Meminta apa adanya agar kekal megah di angkasa...

Aku yang hina tidak mahu sengketa,
Sekadar melaksana amanah memperkasa anak bangsa,
Biarlah apa kata mereka,
Biarlah nampak bodoh kerana menurut kata,
Biarlah apa jua tanggapan semua,
Ku relakan demi DIA Sang Pencipta,
Bukan mereka yang bermuka dua....

No comments: